Tuesday, 12 February 2013
Bila manusia sombong dengan apa yang dia ada dan selalu berasa orang lain sentiasa bersangka buruk terhadapnya, maka hilang maruah diri dan jadilah dia seperti sang k..... yang tamak haloba. Hilang sopan bila berbicara, hilang pertimbangan dalam perlakuan.....Sedih bila melihat manusia begini, muga Allah tunjukkan kepadanya JALAN yang benar,
Monday, 28 January 2013
Tuesday, 22 January 2013
Alhamdulillah sekurang-kurangnya hari ini aku dah dapat selesaikan satu masalah muridku yang tak ada buku tulis langsung!! Geram tengok muka bapanya yang selamba jer....asyik nak harapkan orang lain belikan buku untuk pelajaran anak-anaknya, pastu bila anak dah berjaya esok dan dia pun dah tua...pandai pulak nak suruh anak-anak sara dirinya! Berkira dengan fisabilillah...nanti kalau Allah berkira dengan rezekinya, baru dia tau...
Thursday, 15 November 2012
22 September 2012 kami dijangkakan untuk berangkat ke Madinah tetapi hakikatnya kami berangkat pada 23 September jam 2.00 pagi dan selamat sampai ke Madinah jam 4.50 pagi waktu tempatan. Inilah permulaan perjalanan kerja hajiku. 9 hari di Madinah, kami ke Makkah. Banyak pengalaman suka duka kami di Makkah tetapi haji bukannya di Madinah atau Makkah tetapi di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Inilah ujian sebenar HAJI - menginsafi diri sebagai hambaNya yang kerdil serta serba kekurangan. Syukur, aku kini lebih menyintai Allah dan Rasulnya. Terima kasih tidak terhingga pada suamiku yang tercinta, IBRAHIM ABDULLAH atas kasih sayang dan cintanya - melunaskan segala janji untuk membantu aku dalam kerja hajiku. Jua pada iparku Hajah NOOR AINI ABDULLAH atas bantuannya. Kini selepas 46 hari, kami selamat kembali kr Tanah Air tercinta, bertemu anak-anak yang dikasihi dan dirindui serta ahli keluarga yang lain.Syukur ya Allah atas rahmatMu.
Tuesday, 18 September 2012
Wednesday, 5 September 2012
Friday, 31 August 2012
DAYAUSAHA...
HARI INI BERJAYA JUGAK BUAT DODOL @ PENGANAN SENDIRI BERSAMA-SAMA ANAKANDA AFIQ, ADIB DAN AIN.... SYUKUR, AIN DAN AFIQ JUGA DAH BOLEH ANYAM SARUNG KETUPAT...TAK SIA-SIA USAHA MEREKA UNTUK BELAJAR.
Subscribe to:
Posts (Atom)