Thursday, 15 November 2012
22 September 2012 kami dijangkakan untuk berangkat ke Madinah tetapi hakikatnya kami berangkat pada 23 September jam 2.00 pagi dan selamat sampai ke Madinah jam 4.50 pagi waktu tempatan. Inilah permulaan perjalanan kerja hajiku. 9 hari di Madinah, kami ke Makkah. Banyak pengalaman suka duka kami di Makkah tetapi haji bukannya di Madinah atau Makkah tetapi di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Inilah ujian sebenar HAJI - menginsafi diri sebagai hambaNya yang kerdil serta serba kekurangan. Syukur, aku kini lebih menyintai Allah dan Rasulnya. Terima kasih tidak terhingga pada suamiku yang tercinta, IBRAHIM ABDULLAH atas kasih sayang dan cintanya - melunaskan segala janji untuk membantu aku dalam kerja hajiku. Jua pada iparku Hajah NOOR AINI ABDULLAH atas bantuannya. Kini selepas 46 hari, kami selamat kembali kr Tanah Air tercinta, bertemu anak-anak yang dikasihi dan dirindui serta ahli keluarga yang lain.Syukur ya Allah atas rahmatMu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment