Thursday, 15 November 2012
22 September 2012 kami dijangkakan untuk berangkat ke Madinah tetapi hakikatnya kami berangkat pada 23 September jam 2.00 pagi dan selamat sampai ke Madinah jam 4.50 pagi waktu tempatan. Inilah permulaan perjalanan kerja hajiku. 9 hari di Madinah, kami ke Makkah. Banyak pengalaman suka duka kami di Makkah tetapi haji bukannya di Madinah atau Makkah tetapi di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Inilah ujian sebenar HAJI - menginsafi diri sebagai hambaNya yang kerdil serta serba kekurangan. Syukur, aku kini lebih menyintai Allah dan Rasulnya. Terima kasih tidak terhingga pada suamiku yang tercinta, IBRAHIM ABDULLAH atas kasih sayang dan cintanya - melunaskan segala janji untuk membantu aku dalam kerja hajiku. Jua pada iparku Hajah NOOR AINI ABDULLAH atas bantuannya. Kini selepas 46 hari, kami selamat kembali kr Tanah Air tercinta, bertemu anak-anak yang dikasihi dan dirindui serta ahli keluarga yang lain.Syukur ya Allah atas rahmatMu.
Tuesday, 18 September 2012
Wednesday, 5 September 2012
Friday, 31 August 2012
DAYAUSAHA...
HARI INI BERJAYA JUGAK BUAT DODOL @ PENGANAN SENDIRI BERSAMA-SAMA ANAKANDA AFIQ, ADIB DAN AIN.... SYUKUR, AIN DAN AFIQ JUGA DAH BOLEH ANYAM SARUNG KETUPAT...TAK SIA-SIA USAHA MEREKA UNTUK BELAJAR.
Tuesday, 28 August 2012
Monday, 13 August 2012
Tak faham betul dengan orang yang suka main mercun...dah tahu mercun n bunga api tu dibuat oleh bukan Islam, tetap juga nak main. Dalam senyap agendanya nak menghabiskan duit orang muslim n juga nak men"cacat"kan anggota badan...tapi tak nampak-nampak juga. Bagi aku, ibu bapa yang belikan mercun atau bagi duit kat anak untuk beli mercun adalah tergolong orang yang tak guna akal!
Friday, 10 August 2012
Monday, 30 July 2012
Tuesday, 10 July 2012
Wednesday, 16 May 2012
Tuesday, 1 May 2012
Saturday, 21 April 2012
Thursday, 29 March 2012
Monday, 12 March 2012
cuti sekolah..
dah masuk hari kedua cuti....hari ini tak de kelas tambahan jadi nak siapkan marking kertas dan masukkan saps murid-murid, ya Allah permudahkanlah pekerjaanku..amin.
Thursday, 23 February 2012
Monday, 13 February 2012
ermmm.....
.....tiba-tiba saja dapat demam campak ruam. Habis gatal satu badan. Mula-mula tu bolehlah tahankan rasa gatal tu, tapi dah masuk hari ke 3 @ 4 ni, dah tak mampu dah. Akhirnya gi jumpa doktor juga dan disurah rehat kat rumah supaya tak jangkit pada orang lain. Apapun aku bersyukur kepada Allah kerana semua ini ada hikmahnya, amin.
Wednesday, 1 February 2012
aduhai....
lepas rawatan semalam, badan dedar je macam nak demam...arini terpaksa ponteng koko sebab gigil nak jalan. Sian kat kawan2......sorry ye
Wednesday, 11 January 2012
Anak-anak didikku...
Bila lihat kesungguhan beberapa orang muridku di kelas 5 Dedikasi belajar BI, aku jadi teruja untuk membantu mereka mengatasi kelemahan mereka dalam bahasa. Memang benar...tak pandai tak apa.... usaha belajar, insyaallah akan dapat kejayaan tapi jangan MALAS...apapun tak jadi. Moga Allah membantuku dalam usaha ini, insyaallah. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)